Interflour Malaysia

Cerita Kami

Tentang Kami > Cerita Kami > Sarawak Flour Mill

Sarawak Flour Mill (SFM) telah ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Kumpulan Gold Coin. Ia merupakan kilang tepung yang kedua ditubuhkan di Kuching, Sarawak selepas SFFM di Labuan, Sabah. Penubuhan SFM adalah keutamaannya untuk memenuhi pasaran Sarawak. Ini adalah sebahagian daripada strategi kumpulan untuk mengembangkan lagi dan menjadikan kehadiran mereka dikenali dalam industri pengilangan tepung. Perniagaan kumpulan yang sedia ada terdiri daripada pembuatan makanan dan produk farmaseutikal. Perniagaan kilang tepung seterusnya adalah dalam senarai yang akan ditambah untuk mempelbagaikan segmen perniagaan. Pada tahun 2005, Kumpulan Gold Coin telah melupuskan keseluruhan perniagaan tepung gandum kepada Kumpulan CBH, Australia.

1992
  • Sarawak Flour Mill telah berdaftar dan mendapat lesen perdagangan dari pihak berkuasa tempatan.
1993
  • Sarawak Flour Mill masih dalam pembinaan.
1996
  • Perasmian pembukaan kilang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
  • Nestle adalah pelanggan yang pertama dalam barisan pengeluaran. 
2004
  • Melabur 26.9% pegangan saham dalam PFM.
  • Memasang barisan pembungkusan 1kg dengan melancarkan tepung pek sedia pengguna di pasaran. 
2005
  • Perasmian pembukaan bangunan pejabat baru oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Greg Harvey dan Pengarah, Robin Lo.
2008
  • Memperoleh HACCP & pensijilan Halal.
2011
  •  Memperoleh pensijilan SNI.
2012
  • Pemasangan barisan kedua mesin pembungkusan 1kg untuk memenuhi permintaan pasaran.
2013
  • Menaik taraf sijil ISO 22000 dan memperoleh pensijilan Mesti.
2015
  • Penambahan 2-unit silo dengan kapasiti penyimpanan gandum meningkat daripada 22,400Mt kepada 28,000Mt.
2020
  • Pemasangan barisan ketiga mesin pembungkusan 1kg untuk menambah aliran peningkatan tepung pek pengguna.
2021
  • Dinaik taraf kepada pensijilan FSSC 22000.
We use cookies
Cookie preferences
Below you may find information about the purposes for which we and our partners use cookies and process data. You can exercise your preferences for processing, and/or see details on our partners' websites.
Analytical cookies Disable all
Functional cookies
Other cookies
We use cookies to personalize content and ads, to provide social media features and to analyze our traffic. Learn more about our cookie policy.
Change preferences Accept all
Cookies